Kata Pakar

Isnin, 20 April 2015

I love Gold! I enjoy baking and cooking!

Salam  Perkenalan...


Alhamdulillah dikesempatan ini saya berpeluang memulakan penulisan entri pertama berblogging. Mari saya ceritakan sikit bagaimana saya bermula dengan Hasnah Bakery Enterprise seterusnya Powergold.biz ni. Tak kenal maka tak cinta kan? :)


Tahun 2012 adalah tahun bermulanya saya menjinakkan diri dalam bisnes bakeri. Biasalah semuanya bermula daripada minat dan hobi. Saya memang minat beli buku resipi dari zaman anak dara lagi.  Kemudian saya akan cuba beberapa resipi dari buku tu. Kalau adik dan anak-anak sedara saya baca blog ni, mesti mereka terkenang antara resipi-resipi yang pernah saya cuba. Dari menggoreng, membakar, mengukus, menjemur, mengembun, semuanya saya suka cuba. 


Awal tahun 2012 saya mula cuba membuat roti. Roti kan ada macam² versi, semua saya nak buat dan rasa. Dari macam² roti saya cuba pula buat pizza, dan alhamdulillah disukai suami adik beradik serta kawan² terdekat. Titik tolak dari situlah saya dan suami mulakan jualan produk pertama kami iaitu pizza ayam spicy. Alhamdulillah sehingga kini masih mendapat tempat dihati pelanggan tetap serta pelanggan baru. Kini Hasnah Bakery Enterprise telah mempelbagaikan produk untuk memberi variasi jualan kepada pelanggan-pelanggan kami. Antaranya kek, muffin, bun manis, bun pedas, tartlets, desserts, biskut, kuih muih tempatan dan lain-lain. 


Pada Julai 2014 saya mula berjinak dalam bisnes kedua kesukaan saya. Bisnes Emas! Bisnes emas dengan syarikat Powergold.biz. Siapa tak suka Emas kan? Semua suka saya pasti! Alhamdulillah kerana minat dan kerana bisnes ni berasaskan produk emas fizikal saya tanpa ragu mendaftar sebagai ahli sah pada ketika itu. Selama ini produk barang perhiasaan EMA$$$ menjadi pilihan saya tapi kini sedikit berubah arah..saya sekarang berminat mengumpul GOLDBAR dan DINAR..wah SERONOKNYA. Selepas mengkaji dengan mendalam marketing plan Powergold.biz, saya yakin dan terus mendaftar sebagai STOKIS yang sah pada Disember 2014. 


Sekian sedikit perkongsian tentang diri saya dalam 2 bisnes yang saya ceburi ini. Entri seterusnya saya akan mendedahkan manfaat simpan emas fizikal berbanding wang kertas...Sekali lagi saya menghulurkan salam EMA$$$ kepada rakan2... harapan saya sesiapa yang menjengah blog saya.. saya seru AYUH.. kawan-kawan ku kita simpan Ema$$$ untuk dijadikan aset pada masa hadapan.


Jutawanpowergold.biz/nahgold 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan