Pada 1998, kerajaan Malaysia mencadangkan penggunaan emas sebagai
mata wang perdagangan dunia seperti mana yang diperke nalkan semasa
zaman Rasulullah dahulu. Emas dipilih kerana sifat kimianya yang stabil dan
nilainya yang tidak berubah. Selain itu, dinar emas juga diharap dapat
menggantikan pergantungan dunia terhadap Dollar Amerika dan Euro .
Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia keempat
ketika itu, dinar emas tidak akan menggantikan mata wang setempat
(sebagaimana Euro), tetapi mata wang ini hanya akan digunakan sebagai
mata wang perdagangan antara negara sahaja.
Nilai dinar emas adalah sama dengan nilai piawai emas dalam Perjanjian
Bretton Woods.
Pada 14 Ogos 2010, Menteri Besar Kelantan , Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
telah melancarkan Dinar dan Dirham Kelantan dan menjadi negeri pertama
mempelopori penggunaan emas dan perak sebagai mata wang syariah. Dinar
tersebut dicetak mengikut World Islamic Mint (WIM), Dubai.
019.3040400

Tiada ulasan:
Catat Ulasan